suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak tuan rumah dibunuh kejam! Mayat disumbat dalam tong plastik, ditanam bawah pasu ganja

Tong plastik berisi mayat itu ditanam dalam pasu ganja. -Foto Thaiger

TAKTIK kejam kumpulan penjenayah menyembunyikan mayat seorang lelaki terbongkar selepas polis menemukan mangsa disumbat di dalam bekas plastik, sebelum ditanam di bawah pasu tanaman ganja di sebuah rumah dekat Bangkok, Thailand.

Susulan itu, polis berjaya menahan salah seorang suspek warga Myanmar pada Isnin di negaranya sendiri.

Berdasarkan laporan, kes tersebut terbongkar selepas polis menjalankan pemeriksaan terperinci di sebuah kediaman di daerah Don Mueang pada awal pagi Ahad susulan laporan mengenai satu kejadian pembunuhan.

Menurut pihak berkuasa, Balai Polis Don Mueang pada awalnya menerima laporan mengenai pergaduhan di sebuah rumah di Jalan Thoet Ratchan, daerah Don Mueang sekitar pukul 10 malam.

Namun katanya, pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang petunjuk jenayah.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, seorang lelaki dikenali sebagai Phuwanai sekali lagi menghubungi polis dan mendakwa berlaku pembunuhan di alamat sama.

Ketika pemeriksaan dijalankan, polis berasa curiga terhadap sebuah bilik di tingkat dua yang berkunci dari dalam dan penghawa dinginnya masih berfungsi. 

Selepas memecahkan pintu, mereka melihat tanah bertaburan di atas lantai serta seutas rantai berhampiran pasu tanaman ganja.

Pemeriksaan terhadap pasu tersebut membawa kepada penemuan sebuah bekas plastik yang ditanam di dalamnya. 

Hasil siasatan lanjut menemukan mayat seorang lelaki berusia 34 tahun dikenali sebagai Chaiyasit yang merupakan anak kepada pemilik rumah.

Pihak berkuasa memaklumkan mangsa dipercayai mati akibat ditikam.

Menurut Phuwanai, seramai empat individu dikatakan terlibat dalam kejadian itu dan salah seorang suspek dikenali sebagai Suppakorn yang didakwa bertengkar dengan mangsa sebelum serangan berlaku.

Bagaimanapun, polis masih belum mengesahkan punca pertikaian yang membawa kepada kejadian tersebut. -Agensi

Artikel Lain