SEORANG lelaki yang juga merupakan anak tiri kepada bakal raja Norway dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun selepas didapati bersalah atas beberapa pertuduhan jenayah berat termasuk merogol wanita dan melakukan keganasan domestik.Berdasarkan laporan, sebuah mahkamah di Oslo memutuskan Marius Borg Hoiby, bersalah atas dua pertuduhan rogol dan beberapa kesalahan lain yang melibatkan keganasan dalam rumah tangga. Hukuman tersebut dijatuhkan berikutan tindakan tertuduh yang kini berusia 29 tahun, memilih untuk mengaku bersalah terhadap beberapa siri kesalahan yang dibicarakan secara bersama dalam sesi mahkamah pada Isnin.Kes yang mendapat perhatian meluas itu berlangsung selama tujuh minggu dan turut mencetuskan kontroversi terhadap institusi diraja negara berkenaan.Susulan itu, pihak pendakwaan memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun tujuh bulan jika disabitkan kesalahan, namun tertuduh dihukum penjara empat tahun.Dia bagaimanapun, mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah dan hukuman yang dijatuhkan.Untuk rekod, Hoiby merupakan anak kepada Puteri Mahkota Norway, Mette-Marit, sebelum wanita itu berkahwin dengan Putera Mahkota Haakon pada 2001 dan menyertai keluarga diraja. -Agensi