suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syak kekasih curang dengan rakan, lelaki kelar leher teman wanita guna pisau dapur

Bedah siasat perlu dilakukan bagi mengetahui punca kematian. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 22 tahun maut selepas dipercayai dibunuh teman lelakinya ekoran pertengkaran mengenai isu kecurangan di rumah sewa mereka.

Kejadian dilaporkan berlaku di Doddakanahalli, India.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Ati Hangma Subba didakwa diserang menggunakan pisau dapur sehingga mengalami kecederaan parah pada bahagian leher.

Menurut polis, suspek, Purba Lepcha dipercayai menjalinkan hubungan cinta dan baru berpindah ke Bengaluru kira-kira sebulan lalu.

Siasatan awal mendapati pertengkaran berlaku pada pagi Khamis selepas suspek mengesyaki mangsa mempunyai hubungan dengan seorang rakannya.

Pertelingkahan itu bagaimanapun bertukar ganas apabila suspek didakwa mengambil pisau dapur sebelum menyerang mangsa dan mengelar leher wanita terbabit.

Mangsa yang bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah salun kecantikan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami, manakala suspek yang bekerja sebagai pelayan hotel ditahan polis pada Ahad.

Mengulas lanjut, polis berkata, kes tersebut sedang disiasat secara terperinci bagi mengenal pasti keseluruhan kronologi kejadian selain mengumpul bukti tambahan berhubung insiden berkenaan. -Agensi

Artikel Lain