Rakaman CCTV (kanan) menunjukkan suspek yang merupakan suami mangsa meninggalkan apartment. -Foto Thairath
PENGHUNI di sebuah apartment dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita yang dikerat-kerat dan disumbat ke dalam sebuah kotak plastik di salah satu unit bangunan kediaman itu pada 12 Jun.Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan Makkasan, daerah Ratchathewi, Bangkok. Polis percaya wanita itu merupakan seorang pelayan restoran berusia 34 tahun dari Myanmar.Penemuan itu susulan laporan kehilangannya dibuat oleh salah seorang saudara yang kemudiannya mengunjungi unit apartment mangsa bersama polis. Suami wanita itu yang berusia 35 tahun, yang juga warga Myanmar, disyaki suspek utama kes pembunuhan berkenaan dan kini usaha mengesannya giat dijalankan. Polis dilaporkan masih mencari anggota badan mangsa yang masih hilang, termasuk kepala.Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari sebelum mayatnya ditemukan.Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek meninggalkan apartmen tersebut dengan membawa sebuah beg pakaian besar.Menurut polis, mereka percaya pembunuhan itu berlaku selepas suspek mendapat tahu isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian serta mengumpul bukti berkaitan kes berkenaan. -Agensi