suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita parah diserang dengan sabit, polis giat buru suspek

Mangsa diserang oleh seorang lelaki menggunakan sabit ketika sedang berjalan kaki.

SEORANG wanita berusia 27 tahun cedera parah selepas seorang lelaki menyerangnya dengan sabit, dalam kejadian pada petang Jumaat.

Menurut polis, kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan seorang kakitangan kerajaan di jabatan hasil dekat Palghar, Maharashtra, India, sedang berjalan kaki di tepi jalan raya. 

Secara tiba-tiba, seorang lelaki berlari ke arahnya dari belakang dan menyerangnya dengan sabit. 

Suspek berulang kali memukulnya di leher, belakang, bahu dan pinggang, menyebabkan dia cedera parah.

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 6.15 petang itu dirakam oleh kamera litar tertutup di kawasan berdekatan. 

Selepas menyerang mangsa, suspek meninggalkan beg dan senjatanya di tempat kejadian dan melarikan diri.

Orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan segera membantu mangsa dan membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Polis berkata pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut mengenai punca di sebalik serangan itu dan usaha mengesan tertuduh giat dijalankan. -Agensi

Artikel Lain