suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tutup alat sulit pakai tangan, tayang kemaluan lepas penonton buat bayaran... Tiga ‘live streamer’ ditahan

Ketiga-tiga suspek mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan.

TINDAKAN tiga individu melakukan siaran langsung aksi seks menerusi laman web lucah membawa padah apabila mereka ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai meraih keuntungan besar hasil aktiviti tersebut.

Salah satu siaran yang dilakukan mereka dilaporkan berjaya menarik sehingga 8,000 penonton pada satu masa dan menjana pendapatan kira-kira 1 juta yen (RM29,000).

Suspek dikenal pasti sebagai Shinya Shinkawa, 31, Shosei Tomizuka, 27, dan Momoko Miyajima, 22.

Mereka didakwa menyiarkan aksi berkenaan dari sebuah bilik hotel di kawasan Kabukicho, Jepun pada 13 April lalu.

Bagi 25 minit pertama siaran, tontonan diberikan secara percuma dengan peserta menutup bahagian sulit menggunakan tangan, sekali gus menarik sehingga 8,000 penonton.

Selepas tempoh itu, penonton perlu membayar kira-kira 120 yen (RM3.50) seminit menggunakan mata wang kripto untuk terus menonton.

Siasatan polis mendapati Shinkawa dipercayai menjalankan aktiviti sama sejak sekitar Jun 2025, melibatkan kira-kira 200 wanita dalam lebih kurang 500 siaran sepanjang tempoh setahun.

Keuntungan haram yang diperoleh menerusi aktiviti tersebut dianggarkan mencecah 100 juta yen (RM2.9 juta).

Ketiga-tiga suspek mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan.

Penahanan itu dilakukan oleh pihak polis di Jepun. - Agensi

Artikel Lain