suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Individu mahu parang Mierul Aiman mohon maaf... Aktor tutup buku, enggan panjangkan hal

Mierul enggan terus memanjang isu berkaitan ancman yang diterima.

PELAKON Mierul Aiman memaklumkan ugutan yang diterima daripada seorang pengguna media sosial sebelum ini telah diselesaikan secara baik selepas individu berkenaan tampil membuat permohonan maaf.

Kata Mierul atau Mohammad Amirul Aiman Norazman, 28, dia sendiri menerima mesej daripada individu tersebut dan yakin bahawa permohonan maaf dibuat secara ikhlas.

"Pihak yang meletakkan kenyataan (ugutan) tentang parang itu sudah meminta maaf. Saya tahu permohonan maaf itu dibuat secara ikhlas dan jujur.

Kenyataan yang dibuat Mierul sebelum ini di laman Threads. 

"Sebab saya rasa setiap isu ataupun perkara apa-apa sahaja yang kita lalui boleh diselesaikan dengan cara saling menghormati, saling berkasih sayang," katanya yang ditemui ketika majlis Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35 yang berlangsung pada malam Sabtu di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Menurut Mierul, individu tersebut juga telah menjelaskan bahawa perkongsian ancaman yang dibuat terhadapnya itu merupakan satu gurauan.

Pelakon ini pada masa sama memberitahu hantaran yang dimuat naik sebelum ini dibuat selepas perkara berkenaan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mierul Aiman terima ancaman diserang dengan parang, anggap ugutan hanya gurauan kasar 

ARTIKEL BERKAITAN: Khadam menang besar FFM35 

"Dia anggap kenyataan itu sebagai satu gurauan tapi sebenarnya ia adalah gurauan yang sangat kasar dan mungkin terlebih batas.

"Saya sebenarnya mula-mula terkejut dengan kenyataan itu, tetapi perkara tersebut tidak berpanjangan sehinggalah saya mendapat tahu ibu saya sudah mengetahuinya terlebih dahulu.

“Apabila ia melibatkan kebimbangan ibu bapa dan keluarga, saya rasa seperti sudah melakukan kesalahan terhadap pihak yang mungkin tidak bersetuju dengan tindakan saya," ujarnya.

Saya tahu permohonan maaf itu dibuat secara ikhlas dan jujur

MIERUL AIMAN 

PELAKON 

Mierul sebelum ini mengambil pendekatan tidak mahu memanjangkan isu susulan ancaman yang diterima daripada individu berkenaan yang mahu memukulnya.

Malah, dia sendiri tampil memohon maaf jika ugutan tersebut berpunca daripada kesalahannya.

Sementara itu, pada malam kemuncak FFM35, Mierul berjaya membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Harapan menerusi lakonannya dalam Tarung: Unforgiven.

Mierul menang kategori Pelakon Lelaki Harapan. 

"Saya ambil maksud Pelakon Lelaki Harapan ini adalah kepada orang-orang yang sentiasa memberi kepercayaan bahawa saya boleh menggalas tanggungjawab untuk sesebuah watak.

"Saya harap anugerah ini memberi kebanggaan kepada mereka yang selalu percaya saya," luahnya.

Dalam kategori sama, Mierul turut bersaing dengan Merah Muhaimin (Abah Saya Uncle Mike), Shahfi Rafiq (Indera), Tom Phan (Circus of Life) dan Xid Haikal (Denu). 

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain