suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penganggur cekik bapa usia 88 tahun hingga maut, hubungi polis lepas ‘tersedar’ perbuatan

Suspek ditahan polis selepas mengaku melakukan jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan polis selepas dipercayai membunuh bapanya yang berusia 88 tahun dengan cara mencekik mangsa di kediaman mereka.

Kejadian dilaporkan berlaku di bandar Mito, wilayah Ibaraki, Jepun, membabitkan suspek berusia 54 tahun yang tinggal bersama bapanya.

Menurut pihak berkuasa, suspek dikenali sebagai Takeo Sakata ditahan atas dakwaan membunuh bapanya, Torao Sakata, antara pukul 4.30 petang hingga 8 malam pada Jumaat.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai baru pulang ke rumah selepas menghadiri perkhidmatan penjagaan harian sebelum insiden tragis itu berlaku.

Laporan media tempatan menyebut, suspek yang juga penganggur kemudiannya bertindak menghubungi polis kira-kira pukul 8.10 malam dan mengaku melakukan perbuatan tersebut.

"Saya mencekik ayah saya. Dia sudah tidak bernafas," katanya ketika membuat panggilan kecemasan kepada pihak berkuasa.

Susulan laporan itu, polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemukan mangsa dalam keadaan tidak bernyawa di rumah berkenaan.

Setakat ini, polis memaklumkan bahawa suspek masih belum memberikan sebarang motif berhubung tindakannya dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -Agensi

Artikel Lain