DUA anggota tentera yang maut dalam insiden letupan bom merupakan Koperal Norazmi Abu Bakar dari Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip dari Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang menyiasat insiden letupan itu yang berlaku ketika latihan membaling grenad di Kem Hobart, Gurun, Kedah, pada Selasa. Menurut TDM, ia berlaku kira-kira pukul 10.57 pagi ketika Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia."Kedua-duanya dilaporkan mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Dua anggota tentera maut terkena letupan bom ketika latihan di lapang sasar"Mereka dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan lanjut. "Bagaimanapun, kedua-duanya disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," menurut kenyataan itu.TDM turut memaklumkan jenazah dua anggota berkenaan akan dihantar ke hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat.Terdahulu, media melaporkan dua anggota tentera dilaporkan maut, dipercayai akibat terkena letupan bom ketika menjalani latihan.Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan.