suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua anggota tentera maut terkena letupan bom ketika latihan di lapang sasar

Letupan bom berisiko meragut nyawa individu yang berada berdekatan. -Gambar hiasan

DUA anggota tentera dilaporkan maut, dipercayai akibat terkena letupan bom ketika menjalani latihan pada Selasa.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di lapang sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan menerima maklumat mengenainya pada pukul 12.30 tengah hari.

Tambahnya, satu sidang media juga akan diadakan sebaik siasatan penuh dijalankan.

Dalam pada itu, sumber berkata dua anggota terlibat membabitkan seorang lelaki dan wanita.

Mereka meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

Artikel Lain