suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Maslan tidak bertanding PRN Johor

Ahmad Maslan (kiri) bersama pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke ibu pejabat JKR Johor pada Isnin.

 

TIMBALAN Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, beliau telah memaklumkan kepada kepimpinan parti mengenai keputusannya untuk tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut mahupun Pulai Sebatang yang berada dalam kawasan Parlimen Pontian.

"Saya ingin mengumumkan bahawa saya tidak akan bertanding dalam PRN Johor.

"Saya telah memaklumkan kepada kepimpinan parti bahawa saya tidak berhasrat untuk bertanding di Benut atau Pulai Sebatang. Biarlah orang lain bertanding di dua kawasan tersebut," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke ibu pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor pada Isnin.

Menurut Ahmad, beliau akan terus memainkan peranan dalam parti sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor.

Katanya, walaupun terdapat negeri lain yang menyaksikan timbalan pengerusi badan perhubungan negeri bertanding dalam pilihan raya, situasi berbeza berlaku di Johor.

Dalam pada itu, Ahmad berkata Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan penyertaan mana-mana parti politik yang ingin bertanding pada PRN tersebut selaras dengan semangat demokrasi.

"Mana-mana parti yang mahu bertanding tidak boleh dihalang. Namun falsafah BN adalah apabila bertanding, kita mesti bertanding untuk menang, bukan untuk kalah," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa BN ketika ini memberi fokus kepada usaha memperkukuh jentera pilihan raya di semua kawasan yang bakal ditandingi selain menganggap penyertaan lebih banyak parti akan memeriahkan proses demokrasi negara. -The Star

Artikel Lain