suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Umpama gigit tangan pemberi makan! Netizen bersatu hati desak aktivis Rohingya mohon maaf burukkan Malaysia di Australia

Noor Azizah merupakan seorang aktivis yang lantang bersuara mengenai etnik Rohingya.

TINDAKAN seorang aktivis Rohingya yang lantang mengkritik layanan terhadap komunitinya di beberapa negara Asia Tenggara menjadi perhatian hangat selepas rakaman ucapan lamanya tular semula di media sosial.

Menerusi video [Tonton Video] berkenaan, aktivis yang dikenali sebagai Noor Azizah mendakwa bahawa penderitaan etnik Rohingya seolah-olah tiada noktah meskipun mereka sudah meninggalkan tanah air di Myanmar untuk mencari perlindungan di negara lain.

Ucapan itu disampaikan ketika dia menerima Anugerah Marie Claire Women of the Year bagi kategori Voice of Now 2025 yang berlangsung di Universiti Sydney, Australia.

Dalam ucapannya di pentas antarabangsa itu, Noor Azizah secara terbuka memetik nama Malaysia, Indonesia dan Thailand sebagai antara negara yang didakwanya masih mengamalkan pelbagai bentuk diskriminasi serta eksploitasi terhadap pelarian Rohingya.

"Walaupun melarikan diri dari Myanmar, keganasan itu terus menghantui kami. Anda mungkin mengenali Malaysia, Indonesia dan Thailand sebagai destinasi percutian untuk anda dan keluarga.

"Di Malaysia hari ini, lebih daripada 2,000 kanak-kanak Rohingya dikurung di pusat imigresen, membesar di sebalik jeriji besi dan bukannya di dalam bilik darjah. Di Indonesia, ucapan kebencian serta maklumat palsu membanjiri media sosial.

Tangkap layar ucapan Noor Azizah ketika Anugerah Marie Claire.

"Orang memanggil kami haiwan berkulit gelap, sampah lautan dan monyet. Di Thailand, pemerdagangan manusia memperdagangkan tubuh orang Rohingya seolah-olah mata wang. Lelaki dipaksa menjadi buruh. Wanita hilang tanpa dikesan. Seluruh keluarga musnah," dakwanya.

Bagaimanapun, penularan semula rakaman tersebut mengundang kecaman hebat daripada netizen tempatan.

Rata-ratanya menyifatkan kenyataan itu sebagai berat sebelah dan tidak mengenang budi terhadap negara-negara jiran yang selama ini bertolak ansur menerima kehadiran etnik Rohingya.

"Bagus juga dia berucap macam ni. Dunia boleh nampak bagaimana sikap segelintir Rohingya yang tidak menghargai bantuan diberikan kepada mereka. Terima kasih kerana tunjukkan sikap sebenar warganegara awak.

"Sebab tu kita rakyat di Malaysia ni kena banyak post video sisi gelap Rohingya dekat media. Supaya dunia nampak perkara sebenar yang berlaku.

"Mereka mengutuk negara yang memberi perlindungan walaupun banyak negara lain menolak mereka. Inilah contoh yang jelas, menggigit tangan yang memberi makan (tidak bersyukur)," komen beberapa netizen yang berang.

Dalam pada itu, seorang Pakar Perubatan Keluarga dikenali sebagai Dr Khadijah Ismail yang mengaku terlibat secara sukarela memberikan perkhidmatan kesihatan percuma kepada komuniti Rohingya di Kedah turut tampil meluahkan rasa kecewa terhadap ucapan berkenaan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di media sosial, Dr Khadijah mendakwa kenyataan Noor Azizah tidak menggambarkan keadaan sebenar rakyat Malaysia yang banyak membantu pelarian Rohingya.

"Selepas mendengar ucapan anda, saya berasa sangat terluka dan kecewa. Cara anda menggambarkan rakyat negara saya adalah tidak adil dan tidak mencerminkan siapa kami sebenarnya.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada anda kepada rakyat Malaysia.

"Kenyataan anda bersifat tidak menghormati dan telah menimbulkan kekecewaan mendalam dalam kalangan ramai daripada kami," katanya.

Artikel Lain