suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu treler terbabit kemalangan maut di KLK positif dadah, ada 15 saman trafik

Kemalangan membabitkan treler dan kereta Honda City di LPT pada petang Ahad menyebabkan empat maut. -Foto JBPM

POLIS mengesahkan pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan empat sekeluarga di Kilometer 43.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), arah timur pada Ahad, positif dadah.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk menjalani ujian saringan selepas menerima rawatan di hospital.

"Keputusan ujian saringan mendapati lelaki berusia 40 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine dan tangkapan telah dibuat ke atas pemandu terbabit kira-kira 4 pagi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Zaiham, semakan turut mendapati pemandu berkenaan mempunyai 15 rekod saman trafik.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 petang Ahad, sebuah treler yang membawa muatan habuk besi dipercayai terbabas sebelum menghempap sebuah Honda City dinaiki empat sekeluarga.

Mangsa terdiri daripada seorang lelaki berusia 55 tahun, dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun.

Kesemua mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu treler berkenaan mengalami kecederaan parah.

Artikel Lain