PENERBIT dan pengarah, Jinggo memberi amaran kepada sebuah portal yang didakwa menyebarkan fitnah mengenai dakwaan rumah tangganya dengan pelakon dan pengacara, Sheila Rusly kini tidak serasi.Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya, 60, menuntut portal berkenaan mengemukakan bukti berhubung dakwaan kononnya wujud ketidakharmonian dan masalah keserasian antara mereka sebagai suami isteri. "Tok Sidang (panggilan Jinggo) bagi awak 24 jam, sila buktikan dekat mana tak serasi itu sebelum awak Tok Sidang 'kerasian'.Jinggo (kanan) memberi amaran untuk membuktikan kenyataan fitnah dibuat."Jemput semua yang nak tumpang 'kerasian', dipersilakan," katanya.Jinggo berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Threads miliknya, petang Selasa.Dalam hantaran tersebut, Jinggo turut memuat naik paparan tajuk artikel daripada sebuah portal yang memetik kenyataan berbunyi, “Kami tak ada keserasian – Sheila Rusly”.ARTIKEL BERKAITAN: Berani ‘post’ foto Sheila Rusly sedang tidur, netizen terhibur tengok gelagat ibu mentua dan menantuARTIKEL BERKAITAN: Dah makan ‘blah’ tak bayar… Jinggo bersangka baik, Sheila Rusly minta halalkan mungkin terlupaBagaimanapun, tinjauan mStar mendapati tajuk artikel itu dipercayai digunakan sebagai taktik umpan klik (clickbait) bagi menarik pembaca menekan pautan afiliasi yang disertakan.Untuk rekod, Jinggo dan Sheila mendirikan rumah tangga pada April 1995 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Uzair Haqimy, 30, dan Luth Mikhail, 25.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!