suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Jangan buta-buta sokong!” – Mek Yun kecewa netizen pertahan pembantu rumah

Mek Yun minta netizen tidak menyokong membuta tuli.

KECEWA dengan reaksi segelintir netizen, pelakon dan personaliti media sosial, Mek Yun tampil menyuarakan pandangannya berhubung isu tular membabitkan seorang pembantu rumah yang didakwa didera majikan.

Menurut Mek Yun atau Wee Mun Nee, 29, dia secara jujur menyebelahi pihak majikan selepas meneliti video yang dikongsikan.

“Kes pembantu rumah kena pukul itu, jujur saya di pihak majikan. Pelik bila ada yang buta-buta sokong pembantu rumah tanpa tengok video penuh,” katanya menerusi hantaran Thread.

Mek Yun luahkan pandangan mengenai kes majikan memukul pembantu rumah.

Dalam hantaran tersebut, dia turut memuat naik video yang memaparkan beberapa kanak-kanak dipercayai dikasari oleh pembantu rumah.

Tambahnya, apa yang lebih membimbangkan adalah keadaan anak-anak majikan yang didakwa menjadi mangsa dera oleh pembantu berkenaan.

Namun dia mengakui tindakan majikan merakam dan memuat naik video tersebut ke media sosial adalah sesuatu yang tidak wajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Mek Yun nafi rangkul lengan lelaki, sentiasa jaga batas

ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati anak dipukul, polis siasat kes majikan ‘belasah’ pembantu rumah

“Tengoklah macam mana anak-anak itu kena dera. Mangsa sebenar ialah anak-anak, bukan pembantu rumah itu.

“Ya, rakam dan muat naik video itu memang tak patut. Tapi isu dera budak ini bukan perkara kecil,” jelasnya.

Dalam masa sama, Mek Yun juga menasihati orang ramai agar tidak terlalu cepat menghukum tanpa mengetahui keseluruhan cerita sebenar.

Malah, dia percaya mana-mana ibu bapa juga akan bertindak mengikut emosi sekiranya perkara sama berlaku kepada anak sendiri.

Antara rakaman yang memaparkan majikan memukul pembantu rumahnya.

“Tengok dulu video penuh sebelum buat kesimpulan. Jangan sampai kita nampak buruk sangat di mata orang luar.

“Kalau jadi dekat anak kita, tentu kita pun naik angin. Jadi jangan tengok sebelah pihak saja," kongsinya.

Sebelum ini, media melaporkan dua pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes memukul pembantu rumah wanga Indonesia di kediaman mereka di Taman Johor, Skudai, Johor pada malam Sabtu.

Keempat-empat suspek direman selama sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 354 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 12 (1) (f) Akta Pasport.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain