POLIS kini sedang menyiasat video memaparkan empat individu mengasari seorang pembantu rumah yang tular di media sosial.Difahamkan, empat individu tersebut bertindak sedemikian ke atas pembantu warga asing itu yang didakwa memukul anak majikannya. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad mengesahkan pihaknya sudah menerima maklumat berhubung video tular tersebut.“Salam rakan-rakan media. Polis Johor telah menerima maklumat ini dan masih dalam proses risikan,” katanya ringkas.Sebelum ini, tular video memaparkan seorang lelaki dipercayai majikan yang dilihat menampar dan menumbuk wanita itu sehingga kedengaran suara tangisan.Selain lelaki itu, tiga lagi individu turut dilihat bergilir-gilir meninggikan suara dan memaki mangsa.Menurut maklumat yang dikongsi di Threads, kejadian itu dipercayai berlaku di Taman Daya, Johor Bahru.Mangsa juga dipercayai mengalami kesan lebam pada wajah, leher dan telinga.Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan empat individu itu yang disifatkan kejam dan tidak berperikemanusiaan.