suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilik tanah mula kerja merobohkan penempatan etnik Rohingya di Hulu Langat

Perobohan struktur bangunan haram terbabit dilaksanakan bermula Sabtu. -Foto media sosial

PENEMPATAN yang didakwa dibina secara tidak sah oleh komuniti Rohingya di Sungai Tekali, Hulu Langat, yang tular baru-baru ini, telah mula dirobohkan pada Sabtu.

Perkembangan itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz menerusi hantaran video di Facebooknya.

Menurut Johan, perobohan struktur bangunan haram terbabit dilaksanakan sendiri oleh pemilik tanah, bermula dengan struktur di Kampung Sungai Makau terlebih dahulu.

Timbunan runtuhan konkrit dan bahan binaan lain di kawasan sekitar lokasi penempatan haram berkenaan.

"Maklumat terkini perkembangan penempatan haram di Kampung Sungai Makau. 

"Kerja-kerja perobohan struktur di kawasan tersebut sedang dilaksanakan oleh pemilik tanah sendiri dan kini berada dalam proses pelaksanaan," kongsinya.

Menerusi video berdurasi 1.15 yang dikongsikannya, struktur bangunan yang dibina di kawasan berkenaan telah dirobohkan menggunakan jengkaut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendedahan berani Azad Jasmin bawa penyelesaian... Flat dikaitkan penempatan Rohingya akan dirobohkan!

Turut kelihatan timbunan runtuhan konkrit dan bahan binaan lain di kawasan sekitar lokasi penempatan haram berkenaan. 

Difahamkan, proses perobohan penempatan berkenaan dijangka mengambil masa kira-kira dua minggu.

Artikel Lain