PENGASAS Gerakan Reset Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan penubuhan Parti Wawasan Negara.Hamzah mengumumkan penubuhan parti baharu itu ketika berucap pada Konvensyen Reset yang dirasmikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Kota Harmoni, Tanah Merah, pada Sabtu. Menurut bekas Timbalan Presiden Bersatu itu, nama parti baharu tersebut diberikan oleh Abdul Hadi."Insya-Allah kita akan bersama-sama membentuk kesefahaman dan kerjasama politik yang lebih komprehensif demi agenda masa depan rakyat Malaysia," katanya.Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut sebelum ini dilaporkan akan mengumumkan parti baharu yang akan diterajuinya dalam masa terdekat.