SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai depan sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, manakala PRN Negeri Sembilan akan berlangsung pada 1 Ogos.Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon bagi PRN Johor ditetapkan pada 27 Jun ini, dengan pengundian awal diadakan pada 7 Julai. Bagi PRN Negeri Sembilan pula, penamaan calon akan berlangsung pada 18 Julai, manakala pengundian awal ditetapkan pada 28 Julai.Ramlan berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di Menara SPR pada Jumaat bagi membincangkan tarikh-tarikh penting serta urusan berkaitan pilihan raya di kedua-dua negeri berkenaan.Pada 1 Jun, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang melibatkan 56 kerusi selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.Di Negeri Sembilan, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun pula mengumumkan pembubaran DUN yang mempunyai 36 kerusi pada 5 Jun lalu selepas memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.