Tangkap layar (screenshot) insiden seorang peniaga nasi lemak di Lebuh Meru Raya, Ipoh, disamun dua lelaki bermotosikal yang menyamar sebagai pelanggan.
DUA lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun seorang peniaga wanita di sebuah gerai di Lebuh Meru Raya, Ipoh, bulan lalu, akhirnya diberkas polis.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, dua lelaki berusia 24 dan 36 tahun itu ditahan di Teluk Intan, Perak pada Isnin lalu. "Kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kes kecurian tersebut, yang disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," ujarnya.Kedua-dua suspek juga dipercayai terlibat dalam beberapa lagi kes jenayah di daerah Ipoh.Ujarnya, suspek kini direman sehingga 12 Jun (esok) bagi membantu siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.Terdahulu, dalam kejadian sekitar pukul 12 tengah hari pada 21 Mei lalu, mangsa yang sedang membungkus nasi lemak didatangi dua lelaki menunggang motosikal yang menyamar sebagai pelanggan.Suspek melarikan sebuah peti wang mengandungi wang tunai berjumlah RM300 dan sebuah telefon bimbit.Rakaman video berdurasi satu minit 25 saat yang dirakam peniaga wanita terbabit ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok, kemudian menjadi tular di media sosial.