suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki tetak penunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan sudah ditahan... Puncanya tak puas hati kena hon

Tangkap layar (screenshot) insiden seorang lelaki menetak seorang penunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan, pagi Khamis.

POLIS menahan seorang lelaki berusia 43 tahun dipercayai menetak seorang penunggang motosikal dengan menggunakan sebilah pisau pemotong daging, dalam kejadian di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan dekat Seksyen 13, Shah Alam, pada pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati susulan mangsa membunyikan hon kepadanya. 

"Kejadian berlaku lebih kurang pukul 7 pagi semasa mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Kuala Lumpur. 

"Semasa melalui jalan tersebut, mangsa menunggang motosikal telah menekan hon kepada suspek kerana menghalang laluan. 

"Suspek lelaki tempatan berumur 43 tahun yang menunggang motosikal tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa kerana membunyikan hon kepada suspek.

"Akibat daripada itu suspek telah berhenti di tepi jalan dan kemudiannya menetak mangsa dengan menggunakan sebilah pisau pemotong daging," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek maut dalam rumah, kesan tetak penuh di kepala dan leher... Jiran umur 52 tahun ditahan bantu siasatan

Menurutnya, mangsa telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala, belakang leher, lengan dan tangan kini dilaporkan stabil.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dikenakan sebatan jika didapati bersalah.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta  menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp Mohammad Amirul Zulkifli di talian 012-5583436 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Terdalulu, rakaman insiden berkenaan yang dirakam seorang penunggang motosikal lain, tular di laman sosial.

Dalam rakaman tersebut, suspek kelihatan memegang sebilah pisau pemotong daging manakala mangsa pula terlentang di bahu jalan.

Beberapa penunggang motosikal yang kebetulan melalui jalan tersebut turut kelihatan berhenti bagi memberikan bantuan kepada mangsa.

Artikel Lain