Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz dimasyurkan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar pada Khamis. -Foto Bernama
TEKA-TEKI mengenai kekosongan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar akhirnya terjawab apabila ia kini rasmi diisi oleh Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz, menerusi satu istiadat pemasyhuran di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan, pada Khamis.Istiadat bersejarah dan penuh adat itu telah disempurnakan sendiri oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Susulan pemasyhuran tersebut, Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Azizi Mohamad Ali berkata, Tunku Zain akan memikul tanggungjawab serta peranan yang amat penting dalam menjunjung tinggi kedaulatan Institusi Diraja Negeri Sembilan. ARTIKEL BERKAITAN: Istiadat pertabalan di hotel tak sah, Tunku Nadzaruddin hilang Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar"Ke Bawah Duli Tuanku menzahirkan keyakinan bahawa Tunku Zain Al-’Abidin selaku Tunku Panglima Besar akan terus memainkan peranan penting dalam menjunjung kedaulatan Institusi Diraja Negeri Sembilan serta memelihara kepentingan rakyat dan negeri,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.Tunku Zain yang juga putera kedua Tuanku Muhriz kini berusia 44 tahun.Untuk rekod, pertabalan baharu ini dilakukan susulan penarikan dan kehilangan gelaran secara automatik oleh penyandang terdahulu, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar.