Istiadat pemasyuran Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di Melaka, tidak sah.
ISTIADAT Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada 5 Jun lalu adalah tidak sah.Menerusi kenyataan rasmi Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Azizi Mohamad Ali pada Selasa, pemasyuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar tidak diiktiraf daripada sudut Perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Negeri Sembilan. Susulan itu tegas beliau, gelaran Yang di-Pertuan Besar yang cuba digunakan oleh Tunku Nadzaruddin adalah tidak berkuat kuasa.“Adalah dimaklumkan bahawa majlis yang dikatakan sebagai 'Istiadat Pemasyhuran' Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada 5 Jun 2026 adalah tidak sah serta tidak diiktiraf daripada sudut Perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Negeri Sembilan,” katanya.Menurut Azizi lagi, meskipun pemasyuran tidak sah, Tunku Nadzaruddin dianggap melepaskan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan yang disandangnya.Ekoran itu tambahnya, penyandang bagi gelaran tersebut adalah kosong. “Dengan cuba menerima gelaran yang tidak sah itu, Tunku Nadzaruddin dengan sendirinya telah melepaskan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan yang sebelum ini disandangnya.“Sehubungan itu, tiada lagi penyandang Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar,” tambahnya. Untuk rekod, media melaporkan Tunku Nadzaruddin ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-12.Istiadat pertabalan berkenaan disempurnakan oleh Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat.Ia berlangsung di ruang lounge kelab yang terletak di tingkat satu sebuah hotel lima bintang di Melaka. -The Star