GURU sekolah rendah yang sebelum ini tular dan menjadi perhatian ramai ekoran dakwaan salah laku terhadap murid perempuan akhirnya dihadapkan ke mahkamah atas tujuh pertuduhan amang seksual fizikal melibatkan kanak-kanak.Tertuduh, Mohamad Amirul Awang Meran, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut, termasuk dua tuduhan memiliki bahan lucah dalam dua buah telefon bimbitnya.Pengakuan itu dibuat oleh lelaki yang masih berstatus tenaga pengajar di sebuah sekolah rendah di Masai, Johor selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Nor Aziati Jaafar, Hakim Madihah Zainol, dan Majistret Afifah Hazimah Wahab di Mahkamah Johor Bahru, Johor. Di hadapan Hakim Nor Aziati, tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan iaitu melakukan amalan seksual fizikal bagi maksud seksual dengan cara memegang kedua-dua payudara dan mencium kedua-dua pipi mangsa yang mana tertuduh mempunyai hubungan amanah dengan mangsa sebagai seorang guru.Perbuatan tersebut dilakukan terhadap mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun dalam sebuah kereta Perodua Bezza warna perak di tapak parking Taman Permainan Masai pukul 7 malam pada 26 Februari pukul 7 malam pada 4 April dan pukul 8 pagi pada 18 Ogos 2024.ARTIKEL BERKAITAN: Guru didakwa janji nak kahwin murid selepas jalin hubungan seksual sudah ditahan polisARTIKEL BERKAITAN: Rancangan ‘settle’ luar tak menjadi… Guru jalin hubungan seksual murid Tahun Enam digantung tugasSementara di hadapan Hakim Madihah, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara meraba payudara sebelah kanan mangsa dalam kereta dan juga di tempat sama pukul 8.30 malam pada 16 Mei 2025.Tertuduh yang sudah bertugas selama lima tahun di sekolah berkenaan juga didakwa memegang kedua-dua payudara mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun dalam kereta dan juga di tempat sama pukul 8.30 malam pada 27 Ogos 2025.Bagi semua perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Αkta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.Di hadapan Majistret Afifah pula, tertuduh didakwa dengan dua pertuduhan menyimpan bahan lucah dalam dua telefon bimbit miliknya di tepi Jalan Seri Wangi 1/1, Taman Perindustrian Plentong, Masai, pukul 10.30 malam, 21 Mei 2026.Kes berkenaan sebelum ini mendapat perhatian ramai selepas bekas pendidik, Mohd Fadli Salleh mendedahkan perihal dakwaan membabitkan seorang guru sekolah rendah di Johor yang dikatakan masih meneruskan tugas seperti biasa walaupun dikaitkan dengan siasatan kes berkenaan.Menerusi pendedahannya di Facebook pada Mei lalu, Mohd Fadli turut mendakwa wujud usaha untuk menutup kes tersebut, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.Susulan isu itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan guru terbabit telah direhatkan daripada tugas serta-merta sementara siasatan dijalankan.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala siasatan dalaman oleh kementerian turut diteruskan.