suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS dan Bersatu sah ‘bercerai', bawa haluan masing-masing

Abdul Hadi (kanan) bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Muktamar PAS ke-71 di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar pada September 2025.

HUBUNGAN politik antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) secara rasmi ditamatkan.

Ia susulan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat memuktamadkan untuk menghentikan sebarang bentuk kerjasama antara kedua-dua parti berkenaan.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan, keputusan besar tersebut dibuat selepas pihaknya meneliti secara mendalam kedudukan serta hala tuju kerjasama PAS-Bersatu, berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa.

Menurut Abdul Hadi, mesyuarat kepimpinan tertinggi itu turut memperakukan keputusan rasmi Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 2 Jun lalu.

Keputusan tersebut mengambil kira aspek dasar, hukum, serta maslahah kerjasama politik PAS berasaskan prinsip penyatuan ummah.

"Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini (Isnin) membuat ketetapan untuk menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu.

"Ketetapan itu dibuat selepas meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS-Bersatu berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin malam.

Mengulas mengenai langkah masa depan parti, Abdul Hadi berkata PAS kini sedia meneroka bentuk persefahaman politik baharu serta kerjasama pilihan raya.

Langkah ini demi meneruskan agenda penyatuan ummah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Pada masa yang sama, PAS turut menyatakan keterbukaan mereka menerima hasrat pelbagai pihak termasuk tokoh akademik, golongan profesional, pemimpin politik lain serta aktivis masyarakat yang berminat untuk menyertai perjuangan parti itu.

Artikel Lain