SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) bakal mengadakan satu mesyuarat khas pada 12 Jun ini bagi membincangkan segala urusan rasmi berkaitan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Negeri Sembilan dan Johor.Mesyuarat penting berkenaan diatur susulan pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 pada 5 Jun lalu, manakala DUN Johor pula terlebih dahulu dibubarkan pada 1 Jun lepas. Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun.Menurut beliau, antara perkara yang akan diputuskan termasuk tarikh pengeluaran writ pilihan raya, hari penamaan calon serta hari pengundian bagi kedua-dua PRN berkenaan.Selain itu, SPR turut akan menentukan daftar pemilih yang akan digunakan serta membincangkan pelbagai persiapan lain bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar.Katanya, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat khas itu akan diumumkan kepada umum sebaik sahaja mesyuarat berkenaan selesai."Antara perkara yang akan diputuskan ialah tarikh pengeluaran writ pilihan raya, hari penamaan calon dan hari mengundi selain daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain bagi pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. -The Star