suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siren dibunyikan, tsunami dijangka landa 4 kawasan di Sabah

Amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa yang melanda Mindanao pada pagi Isnin. -Foto MET Malaysia

TSUNAMI setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai di Sabah antara pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah hari, Isnin.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Tawau dan Semporna.

"Berdasarkan analisis MET Malaysia, tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

"Siren nasihat tsunami dibunyikan di empat lokasi sebagai langkah kesiapsiagaan dan amaran awal kepada penduduk di kawasan terlibat," ujarnya dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi lemah 3.2 magnitud melanda perairan Batu Pahat

Terdahulu, gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 dengan kedalaman 50 kilometer (km) dikesan di Mindanao, Filipina pada pukul 7.37 pagi.

Arthur turut menasihati orang ramai di kawasan terlibat agar berwaspada dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

"Pada masa sama, elakkan daripada mendekati kawasan pantai dalam tempoh masa yang dinyatakan demi keselamatan diri dan keluarga.

"MET Malaysia akan terus memantau dengan teliti sebarang perkembangan berhubung aktiviti gempa bumi serta risiko tsunami dan akan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa," ujarnya lagi.

Artikel Lain