suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bersatu tak hormat prinsip, Noh Omar kembali ke pangkuan UMNO

Noh Omar membuat keputusan tersebut ketika Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Johor pada Ahad.

TAN Sri Noh Omar mengumumkan kembali ke pangkuan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menerusi Rumah Bangsa selepas meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta. 

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, keputusan kembali bersama BN dibuat selepas beliau menilai semula hala tuju politiknya selain tertarik dengan pendirian dibawa kepimpinan BN Johor.

"Saya amat menghormati prinsip UMNO dan BN di negeri ini, apatah lagi selepas mendengar ucapan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Disebabkan itulah saya bersetuju kembali dengan BN menjelang PRN Johor ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Onn Hafiz lebih rela lepas jawatan Menteri Besar, BN Johor tetap pendirian tidak akan bersama DAP

"Saya juga yakin, insya-Allah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 nanti, UMNO akan mempunyai prinsip yang sama, tidak akan bersama dengan DAP," katanya.

Noh berkongsi perkara itu selepas Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Johor di Stadium Tertutup Kompleks EduCity di Iskandar Puteri, Johor pada Ahad.

Dalam pada itu, Noh berkata, keputusan meninggalkan atau keluar daripada Bersatu dibuat selepas mendapati parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan tidak menghormati prinsip serta keputusan yang ditetapkan Majlis Tertinggi parti.

"Saya memang sudah letak jawatan dan keluar Bersatu, jadi saya ingat tidak perlu tulis surat, saya dah isytihar perkara itu jadi secara automatik saya sudah keluar," katanya.

Pada masa sama, beliau berharap UMNO dapat menjalinkan semula kerjasama dengan Pas bagi memperkukuhkan perpaduan orang Melayu di negara ini.

"Saya yakin kalau UMNO dengan Pas boleh bersama, mereka boleh tubuhkan kerajaan tanpa perlukan bantuan daripada parti-parti lain," katanya.

Artikel Lain