suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak perlu sangkut trafik... Kerajaan cari jalan permudah rakyat Johor di Singapura pulang mengundi PRN

Saifuddin beramah mesra dengan penuntut di Pusat Latihan Teknologi Batu Pahat pada Selasa.

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) komited untuk memudahkan urusan rentas sempadan bagi pengundi luar kawasan, khususnya rakyat Johor yang bekerja di Singapura, bagi membolehkan mereka pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah-langkah kemudahan yang bakal dilaksanakan itu bagaimanapun bergantung sepenuhnya kepada tarikh-tarikh penting pilihan raya yang akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mesyuarat khasnya pada Jumaat ini.

"Kita akan tunggu mesyuarat SPR. Biasanya selepas mesyuarat, SPR akan mengumumkan tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pengundian.

"KDN khususnya Jabatan Imigresen serta agensi berkaitan akan memberi respons berdasarkan pengumuman itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program di Pusat Latihan Teknologi Batu Pahat pada Selasa.

Saifuddin mengulas kemungkinan kerajaan menyediakan kemudahan khas termasuk laluan pantas (fast lane) di pintu sempadan bagi membantu rakyat Johor yang bekerja di Singapura pulang mengundi.

Menurutnya, pemilihan hari pengundian akan memberi kesan berbeza terhadap pergerakan rentas sempadan antara Johor dan Singapura.

Tambah beliau, kementerian akan melakukan yang terbaik bagi memudahkan proses pengundian rakyat Johor.

Pada 1 Jun lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri Johor ke-16. -The Star

Artikel Lain