suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Mereka cuba bodohkan PAS” - Abdul Hadi hilang sabar, dakwa Bersatu gila kuasa dan tamak kerusi!

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

TAN Sri Abdul Hadi Awang melontarkan kritikan pedas terhadap bekas rakan sekutunya, Bersatu, yang didakwa terpalit dengan sikap oportunis, masalah dalaman serta tindakan yang disifatkan menjejaskan usaha penyatuan umat Islam dan maruah gabungan politik yang dibentuk bersama.

Presiden PAS itu berkata, partinya sejak awal mengamalkan pendekatan kerjasama politik berasaskan prinsip-prinsip Islam menerusi pelbagai kerangka seperti tahaluf, isti'anah, muwalah dan ta'awun dalam menjalin hubungan dengan parti-parti lain.

"Kerjasama PAS yang terakhir adalah melalui ta'awun siyasi, yang merupakan bentuk kerjasama yang paling longgar bersama Bersatu dan lain-lain bagi mengambil alih kerajaan menggunakan akuan berkanun (SD).

"Langkah ini melalui proses yang betul, bukan yang dinamakan ‘Langkah Sheraton’ yang pendek, yang kemudiannya diambil peluang oleh kalangan tertentu bagi menonjolkan diri seseorang," ujarnya menerusi catatan Minda Presiden PAS di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu gerak solo, PAS buka tangan ‘sambut’ rakan kerjasama baharu... Tapi nak guna logo sendiri

Menurut Hadi, Bersatu menyimpang daripada agenda awal untuk mengukuhkan perpaduan umat, sebaliknya berusaha untuk mendapatkan kuasa melalui peruntukan kerusi bagi mengawal blok majoriti Islam bersama-sama rakan kongsi bukan Islam.

Ujarnya, ia dilakukan tanpa mengira kedudukan Islam berkuasa dan Melayu bumiputera yang mendominasi.

"Tiba-tiba, Bersatu cuba melemahkan peranan PAS yang meneroka perubahan politik dan membodohkan PAS. Mereka menghalang penyertaan parti yang lebih banyak, khususnya parti Melayu Islam seperti parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), serta Kongres India Malaysia (MIC) yang merupakan parti bukan Islam yang tidak ekstrem," ujarnya.

Beliau turut menuduh Bersatu bersikap tamak dalam pembahagian kerusi pilihan raya dengan didakwa mengemukakan maklumat tidak tepat berhubung jumlah keahlian dan kekuatan jentera organisasinya bagi memperoleh lebih banyak kerusi untuk ditandingi.

"Apabila turun ke lapangan, mereka tidak kelihatan, sehingga menjadikan ahli PAS yang melakukan kerja secara sukarela seperti buruh paksa bagi pihak calon-calon yang tidak ada kelayakan dan tidak ada jenteranya sendiri," tambahnya.

Hadi turut membangkitkan krisis dalaman yang didakwa melanda Bersatu, dengan menyifatkannya sebagai konflik serius berpunca daripada perebutan kuasa sehingga mencetuskan pemecatan, penggantungan keahlian serta tindakan keluar parti.

Menurut beliau, kebanyakan Ahli Parlimen yang dilihat mesra PAS dalam parti itu sama ada telah disingkirkan, digantung atau dipecat.

"Apabila dicampurkan kesemuanya, jumlahnya sangat besar iaitu dua pertiga daripada ahli parti yang boleh menjejaskan kekuatan Perikatan Nasional (PN) dan menjatuhkan maruahnya," ujarnya.

Dalam pada itu, Hadi turut mendakwa Bersatu mengkhianati kerajaan negeri Perlis yang diterajui PAS sehingga membawa kepada kejatuhan Menteri Besar ketika itu.

Beliau juga mendakwa situasi sama berlaku di Negeri Sembilan apabila gerakan politik yang dirancang untuk mengambil alih pentadbiran negeri berkenaan gagal dilaksanakan akibat perebutan kedudukan dan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

"Langkah oportunis  pemimpinnya menganggu perjuangan asal penyatuan ummah. Maka, PAS wajib melakukan sesuatu yang tegas demi perjuangannya yang berprinsip," ujarnya lagi.

Artikel Lain