suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak mahu gerak solo, PAS buka tangan ‘sambut’ rakan kerjasama baharu... Tapi nak guna logo sendiri

PAS dijangka menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. -Gambar hiasan

PAS dijangka menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang susulan keputusan parti itu menamatkan hubungan politik dengan Bersatu.

Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, berkata parti itu kini sedang meneroka kerjasama dengan beberapa parti politik lain bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

Menurut beliau, kerjasama yang sedang dibincangkan berkemungkinan hanya melibatkan kerjasama pilihan raya (electoral pact) dan bukannya pembentukan gabungan rasmi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas ‘ceraikan’ Bersatu, PAS digesa ‘rujuk’ semula dengan Umno

"PAS mungkin menggunakan logo sendiri manakala parti lain menggunakan simbol masing-masing.

"Dengan tempoh masa yang ada, agak sukar untuk mewujudkan satu gabungan baharu dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di pejabat PAS Johor, Selasa malam.

Mahfodz berkata, PAS Johor menyokong sepenuhnya keputusan kepimpinan pusat untuk menamatkan hubungan dengan Bersatu dan akan mematuhi segala arahan yang ditetapkan parti.

Beliau juga menegaskan PAS tidak berhasrat untuk bertanding secara bersendirian dalam PRN Johor.

Sebaliknya Mahfodz berkata, PAS sedang giat mengadakan perbincangan dengan beberapa parti yang mempunyai matlamat sama bagi membentuk kerjasama pilihan raya dan mengelakkan pertembungan kerusi.

Menurutnya, rundingan pembahagian kerusi akan dikendalikan oleh kepimpinan pusat PAS, manakala perbincangan kini sedang berlangsung dengan beberapa parti termasuk Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Berjasa dan lain-lain.

Mengulas kemungkinan kerjasama dengan Umno, Mahfodz berkata PAS kekal terbuka untuk memperkukuhkan semula hubungan politik antara kedua-dua parti.

Katanya, PAS dan Umno pernah menjalinkan kerjasama menerusi Muafakat Nasional sebelum ini dan parti itu masih bersikap positif terhadap usaha penyatuan tersebut. -The Star

Artikel Lain