suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak cukup hanya minta maaf, lelaki tuduh tok batin sorok Jaslinda sudah ditangkap

Sekumpulan individu terdiri daripada 50 orang tok batin dan wakil masyarakat Orang Asli tampil membuat laporan polis berhubung fitnah mengaitkan Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu, Mohd Asmmadi Abdullah dalam kes kehilangan Jaslinda.

POLIS menahan seorang lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana didakwa memfitnah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu, Mohd Asmmadi Abdullah berhubung kes penemuan pendaki wanita, Jaslinda Saludin menerusi siaran langsung TikTok.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di kediamannya di Ipoh pada pukul 1 tengah hari, Khamis.

Ujarnya, permohonan reman terhadap lelaki itu akan dibuat di mahkamah pada Jumaat (esok) bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

Menurutnya, kertas siasatan bagi kes tersebut dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu, pada Rabu, lelaki berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu rakaman video, susulan dakwaan kononnya Mohd Asmmadi sengaja menyembunyikan Jaslinda sepanjang tempoh kehilangannya.

Bagaimanapun Jaslinda akhirnya dijumpai oleh penduduk Orang Asli berhampiran Kampung Lubuk Gaharu.

Lelaki itu berkata, dia sama sekali tidak berniat untuk menghina atau memperlekehkan mana-mana pihak.

Dia sebaliknya menegaskan kenyataan yang dikeluarkan ketika sesi siaran langsung hanyalah dalam suasana bergurau santai bersama para penontonnya.

Dakwaan berkenaan mendorong kira-kira 50 orang tok batin dan wakil masyarakat Orang Asli dari tiga daerah tampil membuat laporan polis.

Artikel Lain