suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan tunggu susah baru bantu! Finas intai potensi artis dalam dunia keusahawanan

Azmir bakal ambil tindakan lanjut terhadap cadangan Zul Yahya.

PERTEMUAN Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib bersama pelakon Zul Yahya mencetuskan satu perancangan baharu buat anak seni.

Menurut Azmir, kebolehan dimiliki aktor berkenaan boleh diguna pakai dalam memberi didikan kepada anak seni yang terlibat dalam bidang keusahawan.

“Kunjungan dan sumbangan kepada artis adalah bantuan 'one-off' tapi sebenarnya kita boleh buat pelbagai perkara untuk bantu artis-artis ini. 

Datuk Azmir mewakili Finas sedia bantu artis berniaga.

“Jangan kita hanya melihat dari sudut nak bantu bila mereka berdepan masalah kesihatan atau kesusahan. Kita lihat dari sudut, bila artis itu sudah berkecimpung dalam dunia keusahawanan dan perniagaan. Kita cuba bantu. 

“Zul Yahya sendiri seorang yang berkebolehan untuk mengajar artis-artis yang mungkin ingin belajar untuk berniaga menggunakan platform media sosial,” katanya kepada mStar.

Azmir berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi Ziarah Seni Madani Finas dan penyerahan sumbangan kepada pelakon, Zul Yahya yang berlangsung di Kuala Lumpur pada pagi Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: "Penerbit sendiri minta tamatkan tayangan Konspirasi" - Finas

ARTIKEL BERKAITAN: Finas bakal pindah ke ibu pejabat baharu bermula Mei, bangunan lama fokus aktiviti industri kreatif

Selain Azmir, Ahli Jawatankuasa Kebajikan Finas yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi turut hadir ke acara itu.

Kata Azmir, dalam pertemuan yang diatur oleh Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil itu juga, Zul Yahya dapat memberi beberapa cadangan yang boleh diguna pakai Finas.

Zed Zaidi (dua dari kiri), Azmir dan Rena Tan bersama Zul Yahya serta keluarga untuk pemberian sumbangan.

“Pertemuan ini penting sebab kita pun tahu, Zul adalah anak seni berpengalaman. Lebih kurang 15 tahun dia punya pengalaman dalam bidang perniagaan dan sekarang, dia juga aktif di media sosial terutamanya TikTok. 

“Dia ada memberikan beberapa cadangan antaranya, bagaimana artis-artis yang ada produk, boleh digabungkan untuk buat sesi siaran langsung atas talian. 

“Mungkin ada artis-artis yang ada pengikut, tapi tak ada produk. Jadi, kita selaraskan dan akan lihat, bagaimana pihak Finas serta kementerian dapat bantu,” ujarnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain