suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Penerbit sendiri minta tamatkan tayangan Konspirasi" - Finas

Filem Konspirasi ditamatkan tayangan selepas 7 hari.

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tampil memberi kenyataan berhubung penamatan tayangan filem Konspirasi di pawagam Malaysia. 

Menerusi satu kenyataan, Finas memaklum keputusan menarik semula tayangan dibuat oleh syarikat penerbit tanpa melibatkan arahan mana-mana pihak. 

"Berdasarkan e-mel daripada pihak penerbit yang dikongsikan kepada FINAS, penerbit filem tersebut, Elepfilm Entertainment Sdn. Bhd., telah meminta supaya tayangan filem Konspirasi ditamatkan bermula pada tarikh berkenaan.

Tayangan ditamatkan bukan atas arahan mana-mana pihak. 

"Semakan FINAS dengan pengedar dan pemamer filem mendapati penamatan tayangan tersebut adalah atas permintaan penerbit sendiri dan tidak melibatkan sebarang arahan daripada mana-mana pihak," jelas kenyataan berkenaan.

Dalam masa sama, agensi tersebut mengesahkan filem arahan Ghaz Abu Bakar itu telah memperoleh kelulusan Lembaga Penapis Filem (LPF) sebelum ditayangkan.

Susulan isu itu juga, FINAS telah menghubungi pihak penerbit bagi mendapatkan penjelasan, namun masih tidak menerima sebarang maklum balas.

"FINAS menghubungi penerbit bagi mendapatkan penjelasan dan sehingga kini penerbit masih belum dapat dihubungi meskipun beberapa usaha telah dilakukan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah sedih, tak tahu punca tayangan ‘Konspirasi’ dihentikan sebelum cukup tempoh

ARTIKEL BERKAITAN: Penting kemahiran mendengar, Sarimah Ibrahim nasihat pelakon jangan ego lontar dialog

Terdahulu, kecoh di media sosial selepas ramai memuat naik mengenai tayangan filem Konspirasi dihentikan serta-merta bermula Khamis.

Pengarahnya ketika dihubungi juga memaklumkan tidak mengetahui punca sebenar situasi tersebut.

Untuk rekod, Konspirasi mula ditayangkan pada 21 Mei di 120 pawagam seluruh negara.

Filem terbitan Elepfilm Entertainment dan Asia Tropical Films ini membariskan pelakon seperti Datuk Adi Putra, Sarimah Ibrahim, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal dan Amir Nafis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain