suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sharmaine Alexander beri tempoh dua tahun ‘explore’ dunia seni, sambung PhD jurusan Undang-Undang

Sharmaine mahu cuba peluang untuk kembangkan bakat dalam dunia seni.

MELEPASKAN kerjaya sebagai peguam demi mengejar minat dalam dunia seni merupakan satu risiko besar yang sanggup diambil pelakon dan bekas peserta Dewi Remaja 2025, Sharmaine Alexander.

Sharmaine atau Sharmaine Ilenna Rudy Alexander, 26, bagaimanapun menegaskan keputusan itu tidak bermakna dia melupakan bidang tersebut sepenuhnya kerana pendidikan tetap menjadi keutamaannya sebagai jaminan masa depan.

"Sebenarnya takut juga sebab mengambil risiko untuk tinggalkan kerja tetap, tapi saya cuba beri peluang kepada kerjaya seni ini dalam tempoh dua tahun.

Sharmaine merupakan graduan Sarjana Undang-Undang.

Sharmaine merupakan graduan Sarjana Undang-Undang.

"Saya ikat kontrak dengan syarikat pengurusan pun selama dua tahun. Saya mahu explore kerjaya baharu ini, kalau menjadi syukurlah, kalau tidak saya akan kembali semula dalam dunia guaman," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sharmaine memberitahu dia mahu mencuba dan meneroka cabang kerjaya lain sebagai pengalaman baharu selain mengembangkan potensi diri dalam bidang yang diminatinya.

Namun, aktres berkenaan tidak akan meninggalkan bidang guaman sepenuhnya sekiranya kerjayanya sebagai artis berkembang dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Kebetulan Sharmaine jumpa Meerqeen di majlis konvokesyen... “Adik dia panggil, kata abang nak bergambar”

ARTIKEL BERKAITAN: Sharmaine jaga batas, video ‘mesra’ promosi lagu bukan kehendak peribadi... “Mulanya Syamel tak setuju”

"Kalau karier saya sebagai artis menjadi, saya tidak akan tinggalkan dunia guaman. Saya kini meneruskan pelajaran ke peringkat PhD, saya boleh jadi pensyarah separuh masa juga.

"Saya tidak mahu cakap ia berbaloi atau tidak sekiranya saya meneruskan kerjaya dalam bidang seni. Cuma saya mahu explore karier baharu.

"Lagi pun saya sudah ada pendidikan, kalau apa-apa terjadi saya masih boleh kembali kepada dunia guaman itu," ujarnya.

Saya mahu explore kerjaya baharu ini, kalau menjadi syukurlah, kalau tidak saya akan kembali semula dalam dunia guaman. 

SHARMAINE ALEXANDER

PELAKON

Berkongsi mengenai minatnya terhadap bidang lakonan, Sharmaine berkata impian untuk bergelar pelakon sebenarnya sudah lama terpendam sejak usia remaja.

Namun, demi memastikan masa depan lebih terjamin, dia memilih untuk memberi fokus sepenuhnya terhadap pendidikan sebelum aktif dalam dunia hiburan.

"Saya dah lama simpan minat dalam dunia seni sejak usia 13 tahun. Saya suka bila tengok orang berlakon.

"Namun, saya fikir kena ada pelajaran terlebih dahulu dan disebabkan itu saya baru ikut Dewi Remaja pada umur 25 tahun.

Sharmaine memberi keutamaan pada pendidikan. 

"Daripada umur 18 tahun saya hanya tumpukan pelajaran di peringkat asasi sehinggalah sarjana. Bagi saya, tiada usaha yang sia-sia sebab saya boleh kembali bila-bila masa saja dalam bidang guaman ini," katanya.

Pada 20 Mei lalu, Sharmaine berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA.

Sharmaine sebelum ini pernah bekerja di sebuah syarikat guaman namun meninggalkan kerjaya itu untuk menyertai Dewi Remaja 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain