suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Senarai artis global bakal hiburkan peminat Kuala Lumpur, BTS dan The Weeknd antara menjadi tumpuan

BTS bakal meriahkan acara KL Headline Season 2026.

SEMPENA kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, Kuala Lumpur dijangka menjadi tumpuan utama jelajah konsert antarabangsa di Asia menerusi inisiatif KL Headline Season 2026, yang bakal menghimpunkan 25 persembahan artis global. 

Menurut penganjur, Live Nation Malaysia, siri konsert berkenaan akan berlangsung di enam lokasi utama sekitar Kuala Lumpur dengan anggaran kehadiran mencecah 500,000 peminat dari dalam dan luar negara.

“Inisiatif ini merupakan usaha strategik untuk membawa lebih banyak hiburan langsung bertaraf dunia ke bandaraya ini,” katanya.

BTS antara artis ditunggu peminat Malaysia.

Antara nama besar yang bakal membuat persembahan termasuk Lany, Laufey, Bryan Adams, Day6, Treasure dan Daniel Caesar.

Lebih menarik, beberapa konsert berskala stadium turut dijangka mencuri tumpuan apabila Post Malone, The Weeknd dan kumpulan BTS disenaraikan sebagai antara persembahan utama di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 menyasarkan kehadiran 47 juta pelancong antarabangsa, dengan penekanan kepada pengalaman pelancongan premium.

ARTIKEL BERKAITAN: Ditipu empat kali penganjur sama, Klangit rasa diperbodohkan akibat terlalu percayakan orang

ARTIKEL BERKAITAN: Peluang kedua buat Shila Amzah, kerjaya seni semakin rancak... Konsert solo di Thailand dan Filipina

Jelasnya, bandaraya itu terletak dalam lingkungan empat jam penerbangan dari bandar utama Asia sekali gus menawarkan kecekapan logistik untuk artis antarabangsa serta kemudahan akses untuk peminat serantau.

Perkara itu menjadikannya Kuala Lumpur hab ideal untuk jelajah berskala besar merentasi pelbagai pasaran.

“Tahun Melawat Malaysia 2026 memberi fokus kepada pengukuhan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bernilai tinggi. Hiburan langsung memainkan peranan penting dalam usaha ini,” katanya.

Dari kanan, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Hannah Yeoh bersama penganjur.

Tambahnya, penganjuran konsert dan acara berskala besar bukan sahaja menarik pelancong antarabangsa, malah memberi impak kepada ekosistem pelancongan termasuk sektor hospitaliti dan perniagaan tempatan.

“Kuala Lumpur berada pada kedudukan terbaik untuk menyokong pertumbuhan ini dan kami mengalu-alukan kerjasama berterusan dengan rakan industri seperti Live Nation,” ujarnya.

Malah difahamkan acara KL Headline Season 2026 bermula pada Mei sehingga Disember 2026 ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain