PELAKON Ika Nabella meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang disifatkan tidak sensitif ketika anaknya mengalami kecederaan akibat terjatuh di taman permainan.Ika, 36, berkata, ketika kejadian dia dan suami berada dalam keadaan cemas apabila anak mereka hampir tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. “Anak saya jatuh dekat taman permainan. Suami terus dukung anak sambil berlari, hidung dan mulutnya berdarah, muka pula lebam.Ika bimbang lihat anak cedera.“Anak saya ketika itu mamai dan hampir tidak sedarkan diri, memang kami sangat cemas nak cepat ke hospital,” katanya menerusi hantaran di Threads.Menurut Ika, dalam keadaan kelam-kabut itu dia sempat meminta laluan daripada sebuah keluarga yang sedang berjalan sambil memenuhi laluan.Namun, sebaik sahaja mereka melintas, dia terdengar seorang lelaki mengeluarkan kata-kata berbentuk gurauan yang mengguris hatinya.“Saya siap cakap, ‘maaf, kecemasan… tumpang lalu.’ Dalam keadaan macam itu, sempat pula ada seorang lelaki buat lawak, ‘double line tak boleh potong.’ARTIKEL BERKAITAN: Hilang secebis ingatan, Ika Nabella sedih tertinggal cincin pemberian suami di JepunARTIKEL BERKAITAN: Beg Bottega tak dapat, duit RM7,600 Ika Nabella lesap ditipu ‘personal shopper’“Dia menghalang jalan sebab mereka berjalan bertiga sambil berpegangan tangan dengan seorang anak kecil di tengah-tengah.“Saya tegur mereka dengan baik dan kami pun lalu sahaja. Tapi sebaik sahaja kami lepas, saya terdengar dia cakap macam itu,” luahnya.Dalam pada itu Ika berpendapat, situasi melibatkan anak yang sedang sakit atau ditimpa musibah bukan perkara yang wajar dijadikan bahan jenaka.Malah awalnya dia tidak marah namun hatinya terasa sakit apabila mengingatkan kembali kejadian tersebut.Luahan Ika mengenai kejadian menimpanya.“Kadang-kadang manusia lupa, bila melibatkan anak orang tengah sakit atau ditimpa musibah, itu bukan masa nak jadi pelawak.“Sejujurnya waktu itu saya langsung tak marah. Yang saya fikir cuma anak saya. Tapi hari ini bila teringat balik… tergamaknya hati dia.“Saya tak faham macam mana seorang lelaki dewasa boleh buat jenaka bila orang lain sedang ditimpa musibah,” kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!