suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Melampau label filem ‘sampah’, Mimi Lana ajak berbincang… Tidak semua dapat impak sama

Mimi menghargai setiap kritikan penonton filem Polong.

ISU kritikan terhadap filem Polong menjadi perhatian ramai selepas pelakon Mimi Lana membalas komen seorang pengguna Threads yang menyifatkan karya tersebut sebagai ‘sampah’. 

Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 31, menegaskan bahawa pengalaman menonton filem adalah subjektif dan tidak semua karya memberi kesan yang sama kepada setiap penonton.

Namun baginya, penggunaan istilah 'sampah' terhadap sesebuah filem adalah keterlaluan, lebih-lebih lagi ia berkaitan usaha besar ramai pihak di belakang tabir.

"Tidak semua filem akan memberi impak yang sama kepada setiap penonton, dan itulah keindahan dalam dunia seni. 

Mimi memberi reaksi terhadap kritikan filem Polong di Threads.

Mimi memberi reaksi terhadap kritikan filem Polong di Threads.

"Namun begitu, menyifatkan sesebuah filem sebagai ‘sampah’ agak keterlaluan, lebih-lebih lagi apabila ramai yang lain benar-benar terhibur, ketawa dan menikmati pengalaman tersebut bersama kami," katanya. 

Dalam pada itu, Mimi mencadangkan agar kritikan disampaikan secara lebih membina dengan menilai aspek yang dirasakan kurang berkesan dalam sesebuah karya. 

"Mungkin akan lebih menarik jika kita berbincang tentang bahagian mana yang kurang menjadi pada pandangan anda kerana setiap filem dihasilkan dengan penuh usaha, jiwa dan kerja keras daripada ramai insan di belakang tabir.

"Apa pun, terima kasih kerana meluangkan masa menonton filem ini. Kami amat menghargai sokongan dan pandangan anda," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mimi Lana pertahan pemilihan Aisha Retno, Mila Mohsin sebagai PGL… “Mereka memang selayaknya”

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah bomoh terkenal jadi taruhan, pengarah ‘Polong’ mahu bawa karya ke luar negara

Sebelum ini, seorang pengguna Threads mengkritik Polong yang disifatkan sebagai filem 'sampah' 2026.

Bagaimanapun, selepas Mimi memberi reaksi terhadap hantaran tersebut, pengguna terbabit kemudiannya memohon maaf dan menjelaskan bahawa kritikan itu hadir daripada kekecewaan ketika menonton filem berkenaan bersama keluarga.

"Terima kasih atas komen anda, maaf atas penggunaan perkataan (sampah) tersebut tetapi ia perlu dikatakan.

Mimi merupakan pelakon utama filem Polong.

Mimi merupakan pelakon utama filem Polong.

"Saya mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap filem ini. Saya membeli 7 tiket untuk menontonnya bersama keluarga saya.

"Namun, malangnya filem ini tidak menepati jangkaan. Ya, ia menakutkan (seram), tetapi jalan cerita dan skripnya terlalu cetek dan kadang-kadang agak meleret, dan ada juga beberapa babak yang tidak memberi manfaat kepada filem tersebut," tulisnya. 

Untuk info, filem Polong arahan Zulkarnain Azhar kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh tanah air. 

Selain Mimi, filem berkenaan turut dibintangi Jun Lojong, Fad Anuar, Nadiya Nissa dan Nam Ron.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain