suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sambut Aidiladha bersama, Fazley Yaakob dan Vida pakai baju sedondon... Tak rancang tapi ramai ‘restu’

Fazley dan Vida mengenakan baju sedondon.

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menyedari timbul salah faham dalam kalangan netizen apabila dia dilihat mengenakan pakaian sedondon bersama usahawan Datuk Seri Vida ketika meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha di Janda Baik, Pahang.

Fazley, 48, berkata dia menerima pelbagai pertanyaan mengenai penampilannya bersama Vida apabila kedua-duanya tampil mengenakan busana hitam ketika sesi siaran langsung mereka. 

Menurut Fazley, pemilihan pakaian serta aksesori yang dipakai pada hari tersebut hanyalah satu kebetulan dan tidak dirancang lebih awal.

Kemesraan Fazley dan Vida jadi perhatian.

“Masa siaran langsung Datuk Seri Vida, ramai pula bertanya sama ada saya rancang untuk pakai baju kurta hitam dan emas serta cincin delima merah yang sama macam dia.

“Sumpah kebetulan okay! Saya atau kami memang tak rancang pun.  Apa pun terima kasih buat semua yang join live kami berhari raya bersama mak-mak dan anak-anak masing-masing,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Fazley turut berkongsi kemesraannya bersama Vida malah mereka juga dilihat duduk secara bersebelahan semasa menjamu selera.

ARTIKEL BERKAITAN: Serius cari pasangan hidup, Fazley Yaakob minat wanita muka ‘Chinese look’... “Jangan segan untuk DM”

ARTIKEL BERKAITAN: Vida senyum-senyum tengok video Fazley? Cik B bongkar ‘rahsia’ hubungan

Perkongsian tersebut sekali gus mendapat perhatian ramai yang rata-rata seakan merestui dan menyifatkan mereka sesuai bersama.

"Maknanya jodoh itu, sekufu. Kebetulan tapi Allah macam bagi pertunjuk.

"Jangan rambang mata sangat, sesuai Datuk Vida dan Datuk Fazley," antara komen netizen.

Peminat merestui hubungan Fazley dan Vida.

Sebelum ini, dalam satu temubual bersama anak Vida iaitu Cik B merestui sekiranya ibunya mempunyai hubungan dengan Fazley.

Malah Cik B turut mengakui ciri-ciri wanita yang pernah digambarkan Fazley seakan-akan merujuk kepada ibunya sendiri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain