ANAK usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B merestui sekiranya ibunya mempunyai hubungan dengan penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob.Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, berkata dia percaya Fazley mampu menjadi bapa tiri yang baik selepas melihat gelagatnya melayan anak-anak. "Datuk Fazley, pleaselah. Saya okay saja Datuk kahwin dengan mama saya," katanya kepada mStar.Cik B sokong hubungan Vida bersama Fazley.Kata Cik B, kehebatan Fazley dalam bidang masakan menjadi salah satu sebab dia menyokong hubungan tersebut.Malah Cik B juga memuji sikap anak-anak Fazley yang disifatkan sebagai baik dan sopan.“Bayangkan sarapan pagi, makan tengah hari dan malam tentu sedap sebab dia kan chef nombor satu Malaysia. Lagi satu Dida (panggilan Fazley) pun kacak.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cik B terima kejutan Lamborghini sempena ulang tahun - “Sebelum ini mama sudah belikan Brabus”ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Dengar nama dia pun dah serabut” - Cik B marah Iqbal Zulkefli tegur Vida, tidak izin kembali berbaik “Anak-anak Dida pula baik. Jadi saya rasa kalau Dida jadi ayah saya, it’s a perfect match,” katanya lagi .Menurut Cik B, dia tidak meluahkan hasrat tersebut kepada ibunya namun mendakwa ternampak Vida tersenyum ketika menonton video yang dimuat naik olehnya di Instagram sebelum ini."Saya tak ada cakap dekat mama tapi ada satu rahsia. Masa saya tengah tidur, saya nampak Mama tengok video yang saya kongsi di Instagram itu sambil senyum-senyum,” dedahnya. Mak saya ada chinese look, boleh cakap Cina.CIK BDalam masa sama, Cik B turut mengakui ciri-ciri wanita yang pernah digambarkan Fazley seakan-akan merujuk kepada ibunya sendiri.“Mak saya ada chinese look, boleh cakap Cina. Lepas itu pembersih, sangat organized. Jadi ciri-ciri tu memang ada dekat mak saya.“Sejujurnya saya rasa Dida memang describe mak saya,” katanya.Fazley datang ke Ipoh untuk bertemu Vida.Walau bagaimanapun, Cik B tidak dapat mengesahkan hubungan pasangan tersebut namun mengakui pernah melihat komunikasi antara ibunya dan Fazley.“Saya tengok Dida datang Ipoh jumpa mak saya. Jauh-jauh dari KL datang Ipoh, jadi saya rasa mesti ada sesuatu yang sedang berlaku.“Tapi saya tak buka mesej mak saya dengan Dida,” katanya sambil ketawa.Sebelum ini, Cik B berkongsi video yang memaparkan dia bertanya Fazley mengenai pencarian pasangann hidup penyanyi itu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!