ANAK kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B meluahkan rasa berang terhadap hantaran Iqbal Zulkefli yang menyentuh mengenai penampilan ibunya di platform Threads. Cik B atau Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 21, berkata dia tidak nampak keperluan untuk lelaki itu mempertikaikan pilihan ibunya memakai bulu mata palsu. "Mengenai posting Iqbal tentang bulu mata ibu saya itu, apa yang boleh saya katakan ialah saya sangat geram. Cik B berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Suka hati mama saya kalau nak pakai bulu mata panjang 10 inci mahupun 100 inci. Apa-apa pun memang geram, dengar nama dia pun dah serabut," katanya kepada mStar. Cik B berkongsi perkara itu ketika ditemui media selepas program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) pada Ahad. Tegas Cik B, dia sama sekali tidak akan membenarkan ibunya kembali kepada Iqbal yang dilabelnya sebagai seorang yang hanya dahagakan perhatian."Saya memang takkan benarkan mama kembali semula kepada Iqbal. Dia seorang yang suka mencari perhatian sebenarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Anak dianggap tak menyerlah lepas TTMM, Liza Hanim kecewa Marsya jadi sasaran kecaman netizenARTIKEL BERKAITAN: Sarimah Ibrahim tak berat sebelah, beri ulasan jujur pada peserta TTMM... Semua gugup kecuali Marsya"Memang dia 'attention seeker' nombor satu! Dia juga seorang narsistik."Bila dia buat ciapan itu sebenarnya dia cuma nakkan 'validation' daripada warganet, itu sahaja. Kalau betul dia nak berbaik dengan mama saya, kenalah terima seadanya," ujarnya.Sebelum ini Iqbal meluahkan hasrat mahu mengubah penampilan Datuk Seri Vida jika hubungan mereka kembali jernih seperti dulu.Ujar Iqbal, dia lebih sukakan gaya penampilan Vida yang dahulunya bersifat lebih minimalis jika hendak dibandingkan dengan sekarang.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!