suria

Dua minggu tak jumpa, Datuk Red hadir beri sokongan buat Anggerik… Pasang niat mohon maaf kepada Adira 

Datuk Red hadir beri sokongan kepada Anggerik.

KEHADIRAN usahawan Datuk Seri Adnan Abu di program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) pada malam Ahad bagi memberikan sokongan kepada bekas isteri, Adira Suhaimi dan anak sulung mereka mencuri perhatian ramai.

Adnan atau mesra disapa Datuk Red,48, berkata kehadirannya itu adalah bagi menunaikan impian melihat Anggerik sendiri di atas pentas selain mengakui sangat bangga dengan pencapaian tersebut.

"Harini saya datang untuk bagi sokongan kepada anak saya iaitu Anggerik. Memang impian saya nak tengok anak saya. Alhamdulillah cemerlang hari ini. Tahniah Anggerik.

Datuk Red berkongsi perkara itu ketika ditemui mStar.

"Tengok anak-anak lain juga ada atas pentas, menitik air mata. Nak peluk tak dapat kan? Sebab jauh. Tahniah juga kepada Adira kerana berjaya menggilap bakat Anggerik," katanya ketika ditemui mStar. 

Dalam pada itu, kehadiran Datuk Red juga mempunyai niat lain iaitu untuk memohon maaf kepada Adira atas kekhilafan yang berlaku semasa proses mahkamah berkenaan rujuk mereka. 

"Saya datang ini sebagai tanda sokongan dan permohonan maaf untuk dia (Adira). Saya nak jernihkan apa yang saya sudah buat sebelum ini. Saya doakan dia semoga bahagia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lebih baik block!” - Adira elak komunikasi dengan bekas suami, enggan emosi terganggu

ARTIKEL BERKAITAN: Adira tunjuk bukti Datuk Red minta RM100,000, setuju tidak teruskan tuntutan hutang dalam perkahwinan

"Siti Adira, terbanglah tinggi. Saya doakan awak dan Anggerik," ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan anak-anak selepas berpisah, Datuk Red memaklumkan sudah dua minggu tidak bertemu mereka secara fizikal namun tetap memantau perkembangan melalui panggilan video.

Tambahnya, Adira mungkin sudah mengetahui kehadirannya di majlis tersebut memandangkan dia sendiri meminta tiket daripada pengurus penyanyi itu.

Siti Adira, terbanglah tinggi. Saya doakan awak dan Anggerik.

DATUK RED

BEKAS SUAMI ADIRA

"Dua minggu (tak jumpa). Saya ada video call dengan bibik, tapi dalam keadaan sekarang, bagi saya bertenang dulu. Tapi sebak bila tengok semua tadi. Tapi tak apa, asalkan dorang bahagia. Ya, saya sebak.

"Adira mungkin tahu saya datang sebab saya minta tiket dekat pengurus dia," ujarnya. 

Sebelum ini, Adira meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Datuk Red yang didakwa meletakkan syarat bagi menyelesaikan kemelut kes rujuk mereka. 

Datuk Red mahu menjernihkan keadaannya bersama Adira. 

Adira mendedahkan usahawan itu meminta bayaran sebanyak RM100,000 sebagai salah satu syarat untuk membatalkan kes selain menggugurkan kes saman sivil berkaitan tuntutan hutang. 

Datuk Red bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dan menegaskan tidak pernah membuat sebarang tawaran itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain