suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Didi Astillah jatuh tangga, kepala cedera berdarah

Didi Astillah alami kecederaan akibat jatuh tangga.

PENYANYI Didi Astillah dilaporkan mengalami kecederaan di kepala selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil terjatuh daripada tangga.

Berita mengejutkan itu dikongsi oleh ibunya iaitu Eina Astillah menerusi beberapa hantaran foto di Instagram Story pada Isnin.

Menerusi hantaran tersebut, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah dilihat sedang terbaring  di unit kecemasan sebuah pusat perubatan.

Berita itu dikongsikan ibunya. 

Menerus foto tersebut, dahi di bahagian sebelah kanan Didi dilihat mengalami luka yang agak serius dan berlumuran darah.

Dalam hantaran sama, ibu kepada penyanyi itu turut menitipkan doa dan berharap agar keadaan anaknya kembali stabil.

"Semoga baik-baik sahaja," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah didakwa tak bagi anak-anak jumpa bekas suami, Didi Astillah tampil bersuara

ARTIKEL BERKAITAN: “Dua tahun saya tunggu” - Sarah Yasmine tuntut Bella, Didi Astilllah tunaikan janji

Dalam pada itu, berita mengenai kemalangan tersebut turut dikongsikan rakan Didi di hantaran Threads.

"Didi Astillah kemalangan jatuh tangga malam tadi. Semoga Didi cepat sembuh dan kembali pulih seperti sediakala. Insya-Allah," ujarnya. 

Sehingga kini, tiada sebarang perkembangan lanjut mengenai adik kepada penyanyi Bella Astillah itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain