suria

Adira tak perasan Datuk Red datang sokong anak, minggu ‘kritikal’ tapi tetap profesional

Adira tidak halang Datuk Red untuk memberi sokongan kepada anaknya.

PENYANYI Adira Suhaimi tidak menghalang bekas suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Datuk Red hadir memberikan sokongan kepada anak mereka, Anggrek yang sedang menyertai program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2). 

Adira atau Siti Adira Suhaimi, 35, berkata dia bersikap terbuka dalam hal melibatkan anak-anak termasuklah memberikan keizinan buat bekas suaminya itu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

"Saya ada dimaklumkan mengenai kehadiran dia untuk beri sokongan kepada Anggrek. Saya bagi dan benarkan sahaja untuk dia sokong anak dia, tiada masalah," katanya kepada mStar.

Adira profesional dalam urusan keluarga. 

Dalam pada itu, Adira mengetahui mengenai kehadiran bekas suaminya itu melalui pengurus kerana dia sudah tidak lagi berhubung dengan Datuk Red.

"Saya pun tidak berhubung dengan dia sebab saya sudah block dia. Jadi, dia berurusan dengan pengurus saya untuk datang ke sini. Saya tak perasan dia tadi," jelasnya lagi.

Mengulas mengenai situasi semasa yang sedang dilaluinya, Adira mengakui minggu ini merupakan tempoh yang sangat mencabar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lebih baik block!” - Adira elak komunikasi dengan bekas suami, enggan emosi terganggu

ARTIKEL BERKAITAN: Adira tunjuk bukti Datuk Red minta RM100,000, setuju tidak teruskan tuntutan hutang dalam perkahwinan

Namun, dia enggan membiarkan masalah peribadi berkenaan menjejaskan kualiti kerjayanya.

"Ya, minggu ini kritikal banyak benda berlaku. Nak tak nak, benda ini perlu diuruskan dengan profesional.

"Saya tidak akan campurkan hal peribadi dengan kerja. Apa yang terjadi hari ini adalah kerja dan saya takkan masukkan emosi dalam kerja," tegasnya.

Ditanya mengenai status terkini kemelut yang sedang dihadapi, Adira memberi bayangan bahawa isu yang membelenggu dirinya masih belum menemui titik noktah.

Adira enggan mencampurkan urusan peribadi dan kerjaya. 

"Hal itu belum selesai lagi," ujarnya ringkas.

Sebelum ini, Adira meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Datuk Red yang didakwa meletakkan syarat bagi menyelesaikan kemelut kes rujuk mereka. 

Adira mendedahkan usahawan itu meminta bayaran sebanyak RM100,000 sebagai salah satu syarat untuk membatalkan kes selain menggugurkan kes saman sivil berkaitan tuntutan hutang. 

Datuk Red bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dan menegaskan tidak pernah membuat sebarang tawaran itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Artikel Lain