suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syafeek Ikhwan trauma bilah kipas patah, syukur nyawa masih panjang

Syafeek syukur tidak berada di tempat kejadian.

PENYANYI Syafeek Ikhwan berkongsi detik cemas apabila hampir menjadi mangsa kemalangan domestik melibatkan kipas siling di kediamannya.

Syafeek, 38, berkata  kejadian itu berlaku hanya kira-kira 15 minit selepas dia beredar dari ruang dapur rumahnya.

Menurutnya, ketika itu dia sedang duduk makan di sebuah bangku berhampiran dapur seperti kebiasaannya sebelum beralih ke ruang lain.

Kipas rumah Syafeek patah.

“15 minit sebelum benda ini jadi, aku tengah duduk makan dekat stool tu, seperti selalu.

“Tengah chill tengok TV, tiba-tiba dengar bunyi kuat dari dapur dan bila tengok, bilah kipas dah jatuh atas lantai,” kongsinya menerusi hantaran Thread.

Dalam hantaran tersebut dia turut berkongsi foto yang memaparkan bilah kipas berkenaan sudah berada di atas lantai.

ARTIKEL BERKAITAN:  Komposer ‘sidai’ Syafeek Ikhwan, hasrat minta lagu baharu tidak kesampaian

ARTIKEL BERKAITAN: Syafeek Ikhwan tak segan jadi peserta ‘Big Stage Alpha’ paling tua, bersaing dengan Gen Z

Tambah Syafeek, kejadian tersebut membuatkan dia berfikir tentang kemungkinan buruk yang boleh berlaku sekiranya dia masih berada di situ ketika kipas itu terjatuh.

Malah, dia meluahkan rasa syukur kerana terselamat daripada kejadian tidak diingini, namun dalam masa sama mengakui insiden itu meninggalkan kesan trauma.

“Sampai sekarang masih terfikir, macam mana kalau aku masih duduk di situ tadi? Syukur sangat Allah masih lindung daripada perkara buruk.

Jadi takut nak pasang kipas siling.

SYAFEEK IKHWAN

PENYANYI

“Tapi dalam masa yang sama, trauma baru pula muncul,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syafeek berkata kipas berkenaan sudah berusia kira-kira enam hingga tujuh tahun sekali gus membuatkan dirinya berhasrat ingin menukar segala peralatan elektrik di kediamannya.

Dia bagaimanapun tidak menolak  haba panas yang dikeluarkan semasa memasak menjadi punca kejadian tersebut.

"Rasanya dalam enem atau tujuh tahun macam itu. Tak pastu jangka kipas siling berapa lama

Syafeek trauma dengan kejadian kipas patah.

"Memang kena tukar. Ini silap-silap tukar semua kipas dalam rumah. Jadi takut nak pasang kipas siling.

"Saya google tadi ada kemungkinan sebab selalu kena haba dari dapur masak. Menakutkan betul," luahnya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai yang rata-rata meluahkan rasa bimbang dengan kejadian tersebut.

Artikel Lain