suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengarah Labu meninggal dunia

Allahyarah meninggal dunia di kediamannya.

PENGARAH filem Nurhanisham Muhammad atau lebih dikenali sebagai Labu disahkan meninggal dunia di kediamannya di Kuala Selangor pada petang Khamis.

Menurut anak saudaranya yang dikenali sebagai Wan Sleep, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5 petang dipercayai akibat sesak nafas.

“Arwah meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang tadi di rumahnya di Taman Kuala Selangor Jaya.

Arwah meninggal dunia akibat sesak nafas.

“Laporan polis sudah dibuat dan kami masih menunggu pemeriksaan lanjut. Kemungkinan jenazah akan dikebumikan esok pagi,” katanya.

Berita pemergian pengarah filem Malam Terlarang itu turut mendapat perhatian ramai rakan artis yang rata-rata terkejut dengan khabar duka tersebut.

Rakan artis seperti Kamal Adli, Fazura, Umi Nazeera serta ramai lagi menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang baik selain mudah memberikan kerjasama sepanjang berada di lokasi penggambaran menerusi hantaran di Thread masing-masing.

"Al Fatihah, pengarah tersohor negara, abang Nurhanisham Muhammad atau mesra dengan panggilan Abang Labu telah kembali ke Rahmatullah. 

“Walaupun kita ada rencana nak kerjasama dan tak kesampaian, Faz tetap bersyukur dapat luangkan masa terakhir dengan abang lebaran baru-baru ni," luah Fazura.

ARTIKEL BERKAITAN: Jalil Hamid meninggal dunia dalam tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Seniwati legenda Maria Menado meninggal dunia

Sekadar info, arwah terkenal dengan filem arahannya iaitu Malam Terlarang yang baharu sahaja ditayangkan pada tahun lalu.

Malah, Allahyarham juga aktif sebagai pengarah sinematografi untuk filem popular seperti Sangkar (2019) dan Talbis Iblis (2022), serta drama seperti X-Change.

Selain turut berkhidmat di bekalang tabir dengan beberapa karya seperti Budak Hostel Otaknya Sewel (2023), First Wives (2025) dan Kelas Belakang (2026).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain