suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seniwati legenda Maria Menado meninggal dunia

PELAKON Datuk Seri Maria Menado dilaporkan meninggal dunia pada pukul 12.25 tengah hari, Khamis di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor. 

Berita tersebut disahkan oleh menantu Allahyarham yang memberitahu ibu mentuanya menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua. 

"Allahyarham Datuk Seri Maria Menado menghembuskan nafas terakhir dengan tenang," katanya memetik laporan Awani. 

Wajah jelita Maria di usia muda menjadi sebutan ramai. 

Allahyarham meninggal dunia pada usia 94 tahun. 

Jenazah Allahyarham dijangka akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Bukit Jelutong, Selangor.

Manakala pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Bukit Damansara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Isma Aliff meninggal dunia 

ARTIKEL BERKAITAN: Along Eyzendy meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa

Maria atau nama asalnya Liesbet Dotulong dilahirkan pada 2 Februari 1932 di Minahasa, Sulawesi Utara, Indonesia. 

Mula aktif sekitar tahun 1950-an, Maria telah membintangi banyak filem seperti Raja Bersiong, Darahku, Sumpah Pontianak dan Dendam Pontianak. 

Allahyarham juga cukup dikenali sebagai pelakon filem seram dan pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik pada tahun 1957. 

Pada tahun sama beliau digelarkan Wanita Terjelita Malaya oleh Times Magazine. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain