suria

Along Eyzendy meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa

Allahyarham menghembuskan nafas kira-kira pukul 12.16 pagi.

PELAKON Along Eyzendy  menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor kira-kira pukul 12.16 pagi pada Ahad.

Khabar duka itu disahkan oleh isterinya iaitu Hamidah Mohd Yatim yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia di sisi ahli keluarga.

Pada Khamis lalu, Along atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz, 47, terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Terapi (ICU) akibat pendarahan serius dalam perut.

Allahyarham erpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Terapi (ICU) akibat pendarahan serius dalam perut.

Pada Khamis lalu, Along atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz, 47, terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Terapi (ICU) akibat pendarahan serius dalam perut.

Sebelum itu arwah dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan sebelum mengesyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedu.

Untuk rekod, Along merupakan anak kelahiran Ipoh Perak memulakan kerjaya sebagai peniup trumpet sebelum menceburi bidang lakonan pada tahun 2003.

ARTIKEL BERKAITAN: Keadaan Along Eyzendy makin kritikal, organ dalaman tidak kuat

ARTIKEL BERKAITAN: Along Eyzendy terpaksa ditidurkan di ICU

Allahyarham pernah membintangi filem terkenal seperti Lagenda Budak Hostel, Khurafat: Perjanjian Syaitan, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, dan Mat Moto.

Selain itu, arwah turut aktif dalam beberapa drama seperti Bini-Bini Perkasa, Keranamu Laila, Sanggul Beracun, Keranamu Laila dan banyak lagi.

Arwah meninggalkan seorang balu iaitu Hamidah Mohd Yatim dan tiga orang anak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain