BUAT kali pertama dalam kerjayanya, penyanyi Datuk Seri Rossa bersetuju mengendalikan sebuah podcast berjudul Habis Cerita bersama dua sahabat baiknya iaitu pelakon Nora Danish dan usahawan Natasha Ozeir.Rossa, 48, berkata idea tersebut tercetus secara spontan ketika mereka bercuti bersama di Bali, Indonesia, malah ini juga merupakan pengalaman pertama buatnya sebagai hos dan bukan tetamu podcast. Menurut Rossa, dia tidak mengambil masa lama untuk bersetuju kerana sememangnya gemar meluangkan masa bersama rakan-rakan selain selesa berkongsi cerita dan pengalaman hidup.Persahabatan Rossa (tengah) bersama Nora (kiri) dan Natasha sudah 20 tahun.“Ketika itu hanya sekadar idea, kami pun belum tahu topik apa yang mahu dikongsikan. Selepas berbincang, barulah kami jumpa hala tuju podcast ini.“Bagi saya, podcast ini lebih kepada 'me time' kerana dapat berbual dengan rakan-rakan dan berkongsi pengalaman hidup bersama peminat, apatah lagi kami datang daripada latar kerjaya yang berbeza,” katanya kepada mStar.Tambah Rossa, penghasilan podcast berkenaan juga sebagai tanda penghargaan terhadap persahabatan mereka yang sudah terjalin hampir 20 tahun.ARTIKEL BERKAITAN: Rossa tulis wasiat setiap tahun, tak lupa tinggalkan harta buat pembantu rumahARTIKEL BERKAITAN: Rossa tak sengaja curi telefon pekerja salon, mengaku ada kleptomania“Saya dan Nora mula berkenalan ketika sama-sama menjadi penghias muka depan sebuah majalah kira-kira 20 tahun lalu.“Tasha pula saya kenal melalui Joe Flizzow dan sejak itu kami sering meluangkan masa bersama hingga menjadi rapat,” ujarnya.Sementara itu, Nora, 43, berkata hubungan persahabatan mereka kekal utuh kerana masing-masing tidak menyimpan perasaan iri hati terhadap kejayaan rakan lain. Walaupun jarang berjumpa, bila jumpa tetap akrab.NORA DANISHPELAKON“Kami bukan jenis mudah terasa. Kalau ada apa-apa, kami boleh ketawa bersama. Walaupun jarang berjumpa, bila jumpa tetap akrab.“Kami juga pernah ada konflik, tapi masing-masing tahu cara menyelesaikannya kerana kami jenis forgive and forget,” jelasnya.Dalam pada itu, Natasha Ozeir, 40, berkata podcast Habis Cerita yang bakal bersiaran di saluran YouTube akan menampilkan pelbagai tetamu khas daripada latar belakang berbeza serta mengupas topik istimewa.Nora sifatkan Rossa dan Natasha rakan-rakan yang sentiasa menyokong.Menurut Natasha, mereka juga akan berkongsi perjalanan hidup peribadi yang jarang diketahui umum.“Saya harap podcast ini dapat memberi manfaat kepada semua. Kami bukan hanya menjemput ahli politik atau golongan terkenal, tetapi juga orang biasa.“Saya juga ingin mendengar kisah pengawal keselamatan dari Nepal, pasti mereka pun ada cerita hidup yang menarik untuk dikongsikan,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube