PELAKON Ezzaty Abdullah menegaskan kepentingan perlindungan sosial tidak seharusnya terhad kepada pekerja formal semata-mata, sebaliknya perlu merangkumi golongan gig termasuk penghantar makanan serta penggiat seni.Menurut Ezzaty, 35, dia pernah menyaksikan sendiri insiden kemalangan melibatkan seorang penghantar makanan ketika individu terbabit sedang mencari rezeki. “Saya pernah nampak sendiri kemalangan melibatkan rider. Mereka pertaruhkan nyawa setiap hari untuk cari rezeki.Ezzaty membawa watak Mawar dalam Janji Ibu.“Bayangkan kalau sesuatu terjadi, macam mana nasib keluarga? Mungkin dia seorang ayah, suami atau anak yang menanggung ibu bapa,” katanya.Ezzaty berkata demikian ketika ditemui pada sesi lawatan penggambaran ikran raya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Kuala Lumpur baru-baru ini. Ezzaty yang membawakan watak seorang ibu tunggal yang mencari nafkah sebagai penghantar makanan dalam iklan raya tersebut mengakui pengalaman melakonkan watak Mawar membuka matanya tentang betapa pentingnya perlindungan sosial dalam kehidupan seharian.ARTIKEL BERKAITAN: Ezzaty Abdullah selamat bersalin anak ketiga, timang bayi lelakiARTIKEL BERKAITAN: Ezzaty Abdullah tunggu hari nak bersalin, segan nak kongsi berita hamil anak ketiga“Watak Mawar ni memang sangat prihatin. Dia suka tolong orang lain sampai kadang-kadang terlupa diri sendiri.“Malah kalau ternampak binatang lapar, dia sanggup berhenti kerja sekejap untuk bagi makan.“Dalam masyarakat kita, ramai rasa mereka kuat dan boleh hadap semua benda sendiri. Tapi bila berlaku kecelakaan, caruman itulah sebenarnya jadi penyelamat. Sekurang-kurangnya keluarga ada ‘payung’.EZZATY ABDULLAHPELAKON“Kita tak minta perkara buruk berlaku, tapi bila sudah jadi, perlindungan sosial inilah yang bantu keluarga untuk teruskan hidup,” katanya. Dalam masa sama, isteri kepada aktor Azwan Komos turut menekankan bahawa caruman PERKESO memberi jaminan kepada keluarga pencari nafkah yang meninggal dunia agar masih dapat meneruskan kehidupan.Sebagai majikan, Ezzaty memastikan ketiga-tiga pekerja bagi perniagaan yang diusahakan mempunyai caruman Perkeso.Syafie Naswip turut muncul dalam Janji Ibu.“Sekurang-kurangnya keluarga ada ‘payung’. Duit tu mungkin bukan segalanya, tapi cukup untuk mereka bina semula hidup.“Sebagai majikan, saya rasa itu tanggungjawab kita sediakan perlindungan sebelum hujan,”’katanya.Ezzaty jadi penghantar makanan.Iklan raya berjudul Janji Ibu yang menampilkan Ezzaty bersama Syafie Naswip dan pelakon kanak-kanak Umar Shakur mengetengahkan kisah penuh emosi tentang ibu tunggal, pekerja gig serta wanita sebagai tunjang keluarga.Melalui pendekatan penceritaan dekat dengan realiti masyarakat, PERKESO menekankan kepentingan keselamatan sosial sebagai keperluan asas demi menjamin kelangsungan hidup pekerja dan keluarga.Iklan raya Janji Ibu bakal menemui penonton pada Mac ini.